Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
Kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahmu pada bayangan,
Wajahmu pucat memutih,
Tiada cahaya dalam matamu,
Tiada cahaya dalam wajah,
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa “CINTA”,
Lalu mereka hairan aku menolak “CINTA”,
Tapi aku pasti ianya adalah “PETAKA”,
Kerana rindu ini, rindu memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini mengundang dosa untukku.
DAHULU,
Jika rindu yang sama bertandang,
Aku lah insan paling bahagia.
KINI,
Jika rindu yang sama bertamu,
Aku lah insan yang paling sengsara,
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini
Rindu ini yang dahulu telah melalaikan aku mengingat-MU
Rindu ini yang dahulu menghalang aku dari kemanisan beribadat kepadaMU,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalanMU,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hambaMU.
RABBI,
Jangan kau biarkan rindu ini menggigitku,
Kerana aku takut dihinggapi virus cinta buta.
RABBI,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
Kerana aku takut pada bayangannya,
Kerana aku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada ALLAH S.W.T,
Kerana aku takut nafsu ini,
Hanya bisa membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan SYAITAN.
RABBI,
Ku “MOHON” jauhkan aku dari,
Mara “PETAKA” rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cintaMU,
Cinta yang kekal abadi…








Tiada ulasan:
Catat Ulasan