ku cuba tuk tersenyum demi mengaburi insan2 yang tersayang
tak perlu menangisi kisah yang sememangnya tak perlu di ingati
ALLAH S.W.T telah berlaku adil kepada setiap hamba-NYA
mungkin ini telah menjadi suratan takdir aku dan dirimu
Hari ini 31.01.2012 sekali lagi aku merasakan kepiluan
telah lama ku simpan perasaan yang pedih itu
sehingga terkadang aku lupa akan luka itu
namun kami ini sahabat2ku telah mengingatkan aku padamu
tahukah kau apa yang mereka katakan padaku?
"kasihan dirimu teman, dia tak seharusnya meninggalkanmu begini"
namun aku tak mahu lemah kerna cinta
cinta membuatku sengsara
hari ini telah ku datangi juga tempat kali pertama kita bertemu
tak ku pandang sedikitpun bayanganmu
menunjukkan betapa aku membencimu
Namun akal sering bertelagah dengan hati
ku menangkan juga akal yang selalu berfikir tentang masa depanku
Kau perlu tau aku tak perlu di kasihani
kehilanganmu bukan bermakna aku mati
CINTA bukan segala2nya buatku
Kau tinggalkan aku kerna kau tau aku kuat bukan?
Akan ku tunjukkan aku sememangnya seorang cekal
Wanita yang baik adalah wanita yang sentiasa ikhlas dan redho dengan takdir ILLAHI
aku ingin menjadi muslimah yang sejati
meskipun tak mampu akan ku cuba jua
Lelaki sepertimu tak layak ku jadikan suami
kerna suamiku pastinya akan melindungiku saat ku ingin di lukai
Terima kasih kerna hadir dalam hidupku
Kau memberiku pengajaran yang yang cukup berarti









