Blogger Templates

Khamis, 29 Disember 2011

WANITA IBARATKAN KUPU-KUPU (RAMA-RAMA)



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Isnin, 7 November 2011

WANITA SOLEHAH HIASAN DUNIA DAN AKHIRAT






Wanita solehah itu aurat dijaga, 
Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu, 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, 


Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. 


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. 




Salam perjuangan untuk sahabatku, 
Wanita solehah. 


"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Jumaat, 28 Oktober 2011

UJIAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH S.W.T


Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..
Ingatlah,
Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..
Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..
Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.
Ayuh kembali menjadi hamba-Nya,
kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan .Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu wahai jiwa - jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta'khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!
Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, dan ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.
Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Imran:139)


Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !




Selasa, 20 September 2011

Aku Redho Dengan TakdirKU







terkadang hati manusia sering di uji dengan segala kesakitan yang terkadang kita sendiri menyangka kita tak mampu tuk menjalaninya
namun bukan bagiku, aku tau setiap kesakitan pasti ada sebabnya
dulu aku tersalah arah sehingga membuat aku menajadi insan yang bongkak
baru aku sedar aku hanya akan mengingat sang pencipta apabila aku dalam kesakitan. dalam setiap doaku akan ku pinta segala kesakitan agar aku selalu mengingat ILLAHI jika dgn cara ini aku kembali ke pangkal jalan maka aku tak menyesal jika aku menderita untuk selamanya. namun terkadang aku keliru dengan hati sendiri. bila ku sendiri aku akan mengingat segala kedukaan lalu
yang membuat aku akan membenci, mendendami. ketika sabahat yang pernah menyakitiku dalam kesusahan ingin aku tinggalkan mereka agar mereka pun menderita sepertiku. namun naluriku menentang aku bukanlah insan yang kejam. ku cuba tuk membantu tapi rasanya hatiku semakin terhiris. mereka tak pernah menghargai pertolonganku malah selalu memanggilku "orang jahat". terkadang ku terfikir alangkah baiknya jika aku membalas dendam atas perbuatan mereka namun sayang ibu bapaku tak pernah mengajar aku untuk menzalimi orang lain. Ya ALLAH, kini aku kembali ke jalanmu. bimbinglah aku agar selalu ikhlas dan redho dengan takdir yang telah kau tentukan untukku. setiap kali selepas solat aku berdoa agar insan yang selalu menyakitiku berubah dan kembali ke pangkal jalan. sahabat2 yang masih melakukan kemungkaran juga menjauhi diri mereka daripd melakukan dosa yang berterusan. ku cuba tuk menegur perbuatan mrk namun mereka salah faham. aku tak kisah tapi perlu mereka ingat mereka tak layak untuk menghakimiku kerana sesungguhnya aku terlalu benci pada mereka yang telah banyak melukaiku dahulunya. tak kira sesiapun jika di maki hamun mesti akan mengingatinya sehingga mati. sahabat sendiri telah memihak kepada insan yang mendustai kita maka hilanglah kepercayaanku pada mereka. aku hanya membantu sekadar yang aka mampu tapi jangan berharap lebih. "Ya ALLAH aku ikhlas dengan takdir yang kau berikan untukku... berikan aku kesabaran dan ketabahan YA ALLAH. hanya kau tempat untuk aku meluahkan segalanya"

Ahad, 5 Jun 2011

SAMPAIKAN SALAM RINDUKU PADANYA


 Bagaikan aku tak percaya
Air mata kian mengalir tiada hentinya
Aku rindu insan yg telah lama ku tinggalkan
Namun mengapa tiada siapa yg mengerti seruan hatiku

Bulan, bintang, angin kalian menjadi saksi tangisanku malam ini
Aku terlalu sakit memikirkan apa yg akan terjadi pdku nanti
Sungguh aku tak percaya aku kian lemah
Lemah menyembah bumi yg kian ku berpijak di atasnya

Ku gagahi semangat ini
Ku langkahi jurang yg terdalam di lautan
Ku berenang dalam tangisan air mataku sendiri
Mengapa derita ini tiada henti

Salahkah jika aku mencuba tuk mencari sinar bahagia
Aku lelah dengan perjalanan yg kian menyiksa jiwa dan batinku

Ku susuri jalan yang berliku
Ku kentalkan semangat ini demi insan yg menyangiku
Namun terkadang aku jatuh dengan liku2 ini
Minda dan hati sering berperang
Sakit rasanya jiwa dan hatiku ini
Jalan mana yg harus ku tempuhi

Perlukah aku berkorban seumur hidupku??
Aku tak mampu terus tersenyum dengan beban derita di hati
Aku ingin pulang ke tempat asalkan
Di mana aku memperoleh kebahagiaan di sana
Meskipun derita namun aku juga di belai oleh kasih sayang yang tak terhingga

Angin???  Mengapa kau menyapa tubuhku kian kuat
Apa kau mengerti rasa sakit di hatiku??
Kau ingin memelukku tuk mengubati hatiku yang kian lara??

Duhai angin, kirimkan salah rinduku padanya
Aku tak mampu berperang dengan perasaan ini sendiri
Aku kian lemah, lelah tuk menyusuri perjalanan hidup sendiri

TUHAN,  hamba memohon
Ringankan segala beban yang ku tanggung
Tabahkan hatiku seperti mana tabahnya perjuangan wanita2 solehah
Aku ingin menghuni syurgaMU
Jangan biarkan aku menjadi anak durhaka

Ku cuba tuk mengerti pengorbanan mereka
Namun aku kalah..
Aku sendiri lelah tuk selalu mengalah
Apa yang harus aku lakukan???

Bulan, bintang???
Tak bisakah kalian menerangi hidupku
Seperti mana kalian menerangi alam ini???

Wahai angin..
Sampaikan salamku pada jejaka yang TUHAN takdirkan untukku
Khabarkan padanya aku ingin dia segera menjemputku
Bawalah aku lari dari kemelut ini
Aku lelah…
Aku tak mampu tuk melangkah lagi…


Rabu, 18 Mei 2011

"RUNION 1 BERSAMA RAKAN2 TERSAYANG"

Seronok sangat kan masa ni kawan2.. harap kita semua akan tetap begini. sedih sangat bila fikir yang kita akan berpisah nantinya. ntah lah rasa mcam nak nangis pun ada. tapi apakah daya kita. kita ada masa depan yang lebih baik yang mesti kita capai. apa2 pun GUD LUCK 4 u all. ada masa kita akan bertemu lagi. love u all..



Masa ni semua senyum puas2. sebab dah alam tak jumpa kawan2. mybe dah hampir 5 bulan tak jumpa.
friends thanks bagi sapa2 yang rela meluangkan masa korang untuk RUNION ni. aku tau  ada antara korang yang keje ari tu. tapi korang ambek cuti. thanks sangat2.
NI lah serba sedikit makanan yang kita ada kan.
"KEK RUNION 1" sebab kita fist time wat runion. hehehehehehe...


Seronoknya dapat bakar2 ni. dah lah kat tepi pantai. pandai sapa yang pilih tempat ni. dah lah cantik luas. n bersih lagi. hehehe menu untuk RUNION 1 kita heheh tengok lah sapa yang anjurkan. hehehe BBQ, UDANG, KERANG, KEK, TEMBIKAI apa lg erk x ingat lah. hehehe tapi yang pastinya semua memang kenyang sangat kan?? hehehehe

Meskipun tau kaki dia sakit sebab excident dia datang juga nak raikan perjumpaan kawan2 lama. RUNION ni bukan setakat di adakan untuk bekas pelajar SPM 2010 tapi kawan2 lama juga yang dulu satu kelas dengan kai ada juga. kaki dia ni sakit x boleh jalan sebenarnya tapi dia datang juga. tu lah tanda persahabatan kami




Tak sempat nak tangkap gambar budak laki kali sebab masa tu mereka dah balik. apa2 pun semua HAPPY sangat sebab dapat jumpa kawan2. hehehe ada masa kita akan bertemu lagi wahai sahabat2ku. SEE U ALL AGAIN... LOVE U ALL.. N MISS U ALL....heheheheh

Isnin, 9 Mei 2011

HATI WANITA DAN LELAKI




Sikap wanita suka memendam rasa
Ingin memendam kesakitan seorang diri
Kebisaannya, wanita lebih senang tuk mengadu pada kaum wanita
Dan lelaki juga begitu
Namun sebaliknya sesungguhnya bercerita pada lelaki
Lebih mudah kerana kaum lelaki lebih memahami kaum wanita
Nak tau kenapa???
Sebab lelaki memang telah di takdirkan berpasangan dengan wanita
Dan wanita juga di takdirkan untuk lebih memahami lelaki
Sebagai contoh apabila lelaki merajuk
Cuba lah lelaki juga yang memujuk
Mesti memerlukan masa yang agak lama
Setelah itu, hanya lah sekadar senyuman yang dia berikan
Tapi kalau wanita yang memujuk fuhhh….
Pastinya cepat terpujuk dan senyuman itu lebih menawan
Sampai ke telinga dia senyum
Alah..wanita pun sama hanya lelaki yang bisa menawan hatinya yang keras
Namun percayalah, sekeras apa pun rasa benci di hati seseorang
Sama ada lelaki dan wanita ianya pasti akan cair
Apabila wujudnya jalinan kasih sayang antara satu sama lain.

Ahad, 8 Mei 2011

PERJALANAN INI MEMBUAT AKU SEMAKIN LEMAH...

Kujalani hidupku tanpa kepastian
Kulewati hariku dengan keraguan
Mungkin suatu kebaikan atau juga keburukan
Mungkin suatu kebahagian atau juga kesedihan
Hanya ada ketidaktahuan atas kemungkinan dan juga kepastian
Adalah kejutan dalam hidup yang penuh tantangan
Kurasakan apa yang bisa kurasa
Kulihat apa yang dapat kulihat
Kujalani apa yang mampu kujalani
Kupeluk , kuraih dan kusembunyikan
Jauh¦. Jauh dalam hati dan jiwaku
Ku ingin pergi jauh dari kemelut ini
Tekadku kan ku tinggalkan segalanya.

Sabtu, 7 Mei 2011

ANDAI INI YANG TERBAIK UNTUKKU


Aku melangkah seiring dengan berjalannya waktu
Ku meniti liku2 hidup yang telah di tentukan untukku
Bagaikan aku tak percaya kini aku telah berjaya
Aku bisa melupakan apa yang ingin ku lupakan
Hari demi hari ku lalui dengan ketabahan
Berharap agar diriku menjadi wanita yang sabar
Ku jalani kehidupanku dengan senyuman
Ku tertawa demi insan yang tersayang
Perasaan ini memang terluka
Namun ku tak mungkin terus tersungkur di bawah anjungan derita
Aku harus bangkit dari kekalahan ini
Dia bukan TUHAN yang bisa ku sanjung untuk selamanya
ALLAH memberikan aku mata, mulut dan fizikal yang sempurna
Agar aku bisa menjadi KHALIFAH terbaik di muka bumi
Dan menjadi ahli syurga
Namun dulu ku mempersiakannya
Ku lakukan apa yang di larang ku jauhi apa yang di suruh
Langkahku kian terhenti pabila derita datang kembali
Baru ku ingat ku telah lupa pada kewajibanku
Sehingga aku di uji dengan kelelahan yang tak terhingga
KINI,
KINI,
 SAAT INI
Aku baru teringat ujian ini adalah jalan agar aku mengingati-NYA
Sungguh ku beryukur kerana DIA masih memberiku peluang
Tuk BERTAUBAT dan MENEBUS segala DOSA yang ku lakukan
Segala derita ini kan ku jalani dengan tabah
Kan ku tempuhi jalanku dengan kesabaran
Meskipun terlalu banyak DUGAAN kan ku cuba tuk berSABAR..

Jumaat, 6 Mei 2011

JANGAN TAMBAH BEBAN DI DADAKU

Kini aku bagaikan kayu yang tak berguna lagi
Apa yang harus aku lakukan??
Dia merayu dan meminta izin dariku
Hanya untuk membawa kekasihnya
Terkadang ku tertanya punya perasaankah lelaki ini???
Sedarkah dia bertanya dengan siapa???
Sungguh tak ku sangka dia hanya menghubungiku hanya untuk ini
YA ALLAH, mengapa dia tak pernah berubah
Ku tak meminta lebih
Hanya sebatas menjaga hatiku
Terlalu berat beban yang ku tanggung
Masalah pelajaran, masalah masa depanku, belum lagi dengan tekanan parent
Sungguh berat rasanya dada ini menanggung semua
Aku tertekan dengan keadaan ini
Ku harap dengan ketiadaannya bisa melegakan diriku
Namun dia kembali dengan menoreh luka lagi
Kejamnya dirimu….
UP 2 U, WHEN U KNOW ABOUT FRIENDS U KNOW WHAT U CAN DO.
Aku tak memaksa dirimu kerana aku bukan sesiapa
Kau juga bukan sesiapa dalam hidupku
Bagiku kau telah mati sejak kau membunuh aku dahulu
Aku hanya kenal kau sahabat bagi temanku dan bukan bagi diriku..!!!!!!!!!!!

Khamis, 28 April 2011

HARGAI APA YANG KAU MILIKI SEBELUM IANYA PERGI DAN TAKKAN KEMBALI


Cinta itu bukan untuk dilupakan,
tapi untuk diingat dan di kenang..
walaupun akhirnya tak seperti yang kita inginkan..
tapi kita harus tetap berjuang,

Cinta hadir karna perkenalan,
bersemi karna perhatian,
berbagi karna kerinduan,
bertahan karna kesetiaan,
tapi cinta bisa gugur,
karna kebohongan dari orang yang di cinta..

cinta adalah sesuatu yang sulit untuk di dapatkan..
tak dapat tergantikan oleh apapun..
bila cinta sudah datang..
jangan biarkan cinta itu pergi..
karna kamu akan menyadari seberapa berharganya cinta itu..
saat sudah jauh darimu..

cinta adalah anugerah yang harus kita syukuri.
Sepahit apapun cinta itu, bila didasari ketulusan,
pasti akan terasa manis…


Kerna cinta yg sesungguhnya
bukan bagaimana kita harus mendapatkannya…
tapi berusaha bagaimana membuat dia tersenyum,
sekalipun dia bersama pilihan hatinya..!!!!

Kebersamaan selamanya..
bukanlah jaminan kita mencintai seseorang.
Tapi dengan membuatnya selalu tersenyum
adalah Cinta yg sesungguhnya..!!!


Hargailah Hidup,
Syukurilah Cinta. hidup tak ada arti.
Dan tanpa kehidupan Cinta takan Muncul
Dimana ada hidup, disitulah ada Cinta.
Dimana ada Cinta, disitulah ada kehidupan..!!!

Seseorang akan terasa berharga ketika sudah tiada..
jadi jangan pernah mengecewakan orang yang ada disampingmu..
kerna tanpa kamu sedari
orang itu yang membuat kamu tersenyum..
kemaren.. saat ini.. esok dan selamanya..

Percayalah..
semua yang kamu punya tak selamanya kamu miliki..
maka sebelum sesuatu itu hilang darimu..
jadikan dia sebagai sesuatu yang Indah dalam hidupmu..
buat dia yang paling berharga..
kerna dia tak mungkin ada selamanya


CiNta itu anugrah..
hadir tanpa diduga, mampu membuat insan trsenyum..
tertawa,, bahkan menangis..
kerna cinta bisa benar2 membahagiakn kita..
apabila kita tak salah mengartikanNya..
cinta ibarat api yang tak boleh dipermainkn..
jika dipermainkn akan membakar diri kita..
meski pertemuan antara kita telah terlipat masa,
meski waktu tempat dan kebezaan memisahkan..
meski mata tak mampu melihatmu tersenyum ramah..
tersenyumlah.. meski kesedihan di sekitarmu..
yakinlah..
dari wajah cerahmu terukir wajah yang indah..