Blogger Templates

Selasa, 19 April 2011

DEMI AGAMA


Pilu ku mendengar segala kisahnya
Terasa air mata ini tak mahu berhenti tuk mengalir
Sungguh ku kagum dengan hatinya yang MULIA
HIDAYAH yang turun padanya sungguh menakjubkan

Namun terdapat kesengsaraan di hatinya
Sungguh ku tak bisa menahan air mata ini
Bila ku mendengar dirinya dipukul dan di tendang
Terasa ku merasakan kesakitan insan itu
Ku cuba membayangkan betapa deritanya insan ini

Sungguh tabah dirinya
Sungguh cekal hatinya
Ada insan lain yang lebih menderita dariku
Dia sengsara demi untuk memeluk agama ISLAM
Sunggu besar pengorbanan insan ini

Aku malu dengan diriku sendiri
Rasanya diri ini sungguh kerdil
Dia sengsara kerana perjuangan agama
Sedangkan aku hanya kerana cinta manusia yang tak bisa membawa aku ke syurga

Wahai sang jejaka ku doakan kau bahagia
Sungguh besar pengorbananmu
Ku harap kau akan mendapat ketenangan yang kau inginkan

YA ALLAH, kau lindungilah lelaki ini dari segala kesakitan,
Dia bukan sesiapa dalam hidupku
Tapi ku kagum dengan semangatnya
Siapa yang tak mahu memiliki lelaki seperti ini
Namun bagiku, aku x layak untuk itu
Ku mohon kau berikanlah dia kebahagiaan
Akhiri segala deritanya dengan kebahagiaan
Wahai sang jejaka ku hanya bisa menitipkan doa untukmu

“senyumanmu bisa menjadi petir dalam hidupku
Keramahanmu membuat insan lain menyukaimu
Keramahanmu, sikapmu telah membuat insan lain ingin mendekatimu
Namun aku tak berani untuk itu
Kerana aku bukan insan yang layak untukmu
Aku sedar siapa diriku..
Melihatmu bagaikan ku mendapat cahaya baru
Wahai sang jejaka teruslah tersenyum demi insan di sekelilingmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan