Blogger Templates

Jumaat, 18 Mac 2011

KALAM CINTA

Aku ingin...
Menjadi makmum kepada seorang imam..
Aku ingin...
Menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah
Aku ingin...
Menjadi pendengar kepada seorang Dai'e 
Aku ingin..
Menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid
Aku ingin..
Menjadi tulang belakang kepda seorang insan
Aku ingin..
Memberi cintaku kepada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah dengan secangkir cinta buat penghilang dahaga..
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah dengan seutas ikatan kasih buat pengikat kita berdua...
aku tidak perlu apa-apa darimu
Memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri...
aku tidak perlu apa-apa darimu
Memadailah dengan secebis setia buat pengukuh kasih mesra kita..
aku tidak perlu apa-apa darimu
Memadailah seulas senyumanmu buat bekal pengubat rindu..