Blogger Templates

Ahad, 31 Mac 2013

KEJAYAAN DAN KEDUKAAN


18.03.2013 itu lah tarik keramat bagi semua pelajar lepasan STPM 2012
tarikh itu amat bermakna dan tidak akan terlupa. ALHAMDULILLAH aku mendapat pointer yang mencukupi untuk aku menjejakkan kaki ke menara gading.. walaupun ianya di luar jangkaan namun aku tetap bersyukur.. yang ku target lebih namun doaku telah dikabulkan ALLAH.. aku hanya berusaha sebulan sebelum peperiksaan jadi hanya itu lah hasil dari perangku.. doaku adalah 'ALLAH AKAN MEMBERIKAN AKU SETIMPAL DENGAN USAHAKU' jadi itu lah hasil dari usahaku.. usahaku tidak sebanyak apa yang aku inginkan..

Malam sebelum itu, sungguh aku tidak dapat tidur dengan lenanya... memikirkan bagaimana kecewanya kedua orang tuaku bila aku mendapat pointer yang rendah... sungguh aku telah berusaha.. namun bukankah ALLAH memberikan apa yang kita perlukan? pagi itu sungguh sakit sehingga rasanya hendak mati. Ketika sampai di sekolah semua muka2 nampak senyum tapi ku tau debaran masing2 bagaikan hendak si sambar petir..



Di bilik mesyuarat itu kami menerima keputusan kami masing2.. sebelumnay cikgu telah menyatakan hanya 6 orang sahaja yang mendapat 3.00 ke atas..sungguh luluh hatiku..sungguh rapuh semangatku.. namun ku kuatkan juga... namaku ialah yang terakhir.. bila membuka kertas itu sungguh aku terlalu gembira..hendak menangis juga ia.. akhirnya aku melompat dan memeluk sahabatku.. sungguh kini aku benar2 tidak menghampakan kedua orang tuaku... lantas ku capai HP ku taip msj kegembiraan ini AYAH, MAMI,ADIK dan ABANG.. malamnya ku hubungi NENEK... muka2 yang amat bahagia...


Namun tika itu, aku juga tidak menyedari lumrah kehidupan jika ada yang berjaya pastinya ada yang kecewa
Sungguh aku tidak perasan kebahagiaanku menjadi kesedihan juga bagi sahabatku.. aku tau dia menangis namun tidak juga ku tahu memujuk kerana sedih itu pastinya tidak dapat di pujuk dengan apa pun... sesungguhnya aku juga rasa aneh dengan keputusan mereka. aku tau mereka berusaha malah dahulu aku hampir2 takut kerana mereka sangat berusaha berbanding aku.. herm




DAKWAH SEORANG REMAJA

Dasanya dah lama aku tak tulis blog
bukan disebabkan kesibukan yang terlalu tetapi kerana kemalasan yang teradab.. huhuhuhu
hai2 pembaca2 blog terima kasih kerana singgah disini untuk membaca sedikit perkongsian hidup saya
tajuk di atas ialah 'DAKWAH SEORANG REMAJA'


Degini ceritanya, entah bila tarikhnya aku tak ingat yang aku ingat ialah ini adalah kali ke-2 aku menyertai kem2 dakwah sebegini. yang pertama dulu ialah DAKWAH STREET dan yang kedua ialah KEM SUPER SAYYA yang di ajurkan oleh sebuah organisasi NGO bagi membimbing remaja islam kita ke jalan yang lurus agar mereka tidak terasar dengan pengaruh globalisasi zaman sekarang.


Dalam mesyuarat itu aku terasa diri ini sungguh kerdil namun aku kuatkan juga semangat jihadku demi menyedarkan adik2 remaja zaman kini agar tidak mengikuti jejakku.. ianya tidaklah seteruk mana namun begitu aku malu..malu dengan ALLAH kerana telah melakukan perkara yang dilarangNYA.


Ada sesetengah hal yang tidak aku sesali namun ada juga yang aku sesali.. kita sebagai manusia biasa jika melakukan kesilapan pastinya akan berkata 'ANDAI AKU DAPAT MEMUTAR WAKTU' alahai... itu lah manusia sentiasa andai dan kalau.. kita seharusnya menerima takdir apa adanya... sudah puas kita menyesalinya maka seharusnya kita bangkit untut membetulkannya. ALLAH S.W.T MAHA PENGAMPUN aku yakin akan itu. sebegitu banyak dosaku dahulu akan ku tebus dengan membuat amal kebajikan di jalan ALLAH..


Disisi lain aku bangga, bangga kerana terdapat remaja yang lebih muda dariku amat giat berdakwah di jalan ALLAH..sungguh terharu dan amat teruja.. adik2 yang begitu muda sudah mula menyedari kepentingan agama di sisi mereka sedangkan aku ketika seumur mereka amat seronok dengan keseronokan dunia. namun ALLAH juga menyayangiku.. aku sedar tatkala nafas masih lagi dapat ku rasakan.. inilah peluang yang ALLAH berikan padaku. kepada sahabat2 yang mengajakku untuk berdakwah aku amat2 berterima kasih padamu.. sungguh kau sahabat yang mulia yang mengajak sahabat2mu ke jalan ALLAH inilah sahabat duani dan akhirat kita kelak..

WAHAI PEMBACA2... jika kamu ingin tahu yang mana kawan atau pun lawan.. maka uji lah dia.. jika kamu mempunyai masalah atau di timpa musibah ke mana dia akan membawamu? ke tempat maksiat atau kpd ALLAH untuk memohon pertolongan... sahabat yang baik akan sentiasa menasihati kita supaya sentiasa mengingat ALLAH kerana ALLAH menguji kerana ALLAH mencintai hambaNYA dan bukannya kerana ALLAH membenci hambaNYA... renung2kan :)

Ahad, 24 Februari 2013

MENCUBA BERTAHAN

Ketika diri di uji segala kekuatan dalam diri mula kita gunakan,
Betapa payahnya untuk bertahan jika tiada siapa bersama
Hati mula putus asa, jiwa mula memberontak
akal sudah tidak mampu mengawal gelora
pastinya derita yang akan mendatang

puas aku bertahan, puas aku mencari kekuatan
namun sakit itu semakin bertambah
aku tidak sekuat itu,
aku tidak setabah itu
namun aku sedang mencuba..
aku sedang mencari siapa diriku
aku sedang menjadi lebih baik dari ini

semakin mencuba semakin siksa rasanya
melawan arus? itulah yang mensesakkan dada
dilayan terluka, di abaikan tidak pula aku boleh
sudah berulang kali aku mencuba bangun tanpa meminta bantuan sesiapa
namun aku bukanlah malaikat, bukan juga manusia yang punya kuasa sakti
aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan

jiwaku semakin terluka di hiris sembilu
kini aku sendiri,
sendiri menikmati luka lama yang kian menyelinap di jiwaku
YA ALLAH, KAU TAK KAN MENGUJI JIKA AKU TIDAK MAMPU
AKU YAKIN AKU MAMPU YA ALLAH
JAUHKANLAH PERASAAN SAKIT DI HATIKU YANG KIAN MEMBAKAR JIWAKU
AKU TIDAK MAHU BERPUTUS ASA YA ALLAH
AKU MASIH PUNYA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN YANG HARUS KU PIKUL
KUATKAN SEMANGATKU YA ALLAH..!

Sabtu, 23 Februari 2013

SEMANGAT YANG RAPUH

Saat diri mula sendiri mula lah kisah pahit menjelma kembali. antara kenangan semalam dengan masa depan ianya sedang bergolak di jiwa..

3 tahun aku mencuba bangkit dengan semangat yang tak pernah rapuh namun kini disaat diri sedang berperang dengan perasaan akal mula menafikan ketidakwarasannya..

22.02.2013 adalah permulaan sebuah kepercayaan seorang kakak yang mula rapuh.. baru ku tau selama ini adikku telah membohongiku.. bagaimanakah aku boleh jadi selalai ini.. ku tatang dia bagaikan minyak, ku sayangi dia melebihi nyawaku, ku jaga dia melebih ku menjaga diriku. mungkin caraku yang kasar tapi tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menyakiti adikku sendiri.. dia satu2nya yang ku jadikan alasan kenapa aku masih kuat.

akhir2 ini semangatku semakin rapuh. semakin hilang kerana kalah berperang dengan perasaan sakit di hatiku.. semalam pula ku tahu adikku bercinta ketika usia   sebegini...hancur kepercyaan kakak dik... hancur semangat yang selama ini kakak jaga.,.

Isnin, 18 Februari 2013

CONTOH KERJA YANG BERFAEDAH

cantik kan? nak buat bukan susah pun.. tapi yang ni kena sabar sikit lah... saya pun lau buat kadang2 tu tertusuk jarum..

alah yang sepit je lagi senang... untuk kanak2 katakan


haaaa yang ni biasa orang pakai kat tudung selendang kan... tapi saya biasa pakai ngan tudung biasa jugak.. comel je... 




yang ni pin untuk selendang dengan tudung apa pun boleh..ikut kreativiti sendiri


yang ni pin untuk slendang biasanya lah... letak kat tepi untuk pastikan selendang tidak jatuh dan kemas...

Sabtu, 12 Januari 2013

HARAPANKU HILANG

Harapan itu masih jelas di mata, cita2 dan impian perlukan pengorbanan
tapi keinginan hati begitu menyiksa, kini keduanya berperang
entah yang mana harus ku menangkan
aku perlu berjalan ke hadapan
namun aku juga perlukan ubat lara di hatiku
kesunyian semakin menyiksa diriku

aku punya segalanya namun fitrahku sebagai insan yang ingin memiliki insan istimewa semakin menyiksa diriku, aku tidak mahu menjadi yang ke-2... memang cinta mereka telah menyiksa diriku dan juga mereka... tapi aku juga seorang wanita..aku tau perasaan disakiti dan diduakan... aku mengenali lelaki itu sebelum mereka berakad jadi kini itu bukan lagi urusanku....

cinta itu telah musnah saat akad itu terlafaz di bibirmu
anggap saja itu hadiah terakhir dariku
lepaskan aku dan lupakan aku
itu lah yang aku harapkan...
perjalananku masih jauh
aku masih muda untuk menerima hakikat ini
pergilah...dan pergilah... aku bosan dengan derita ini...

MENANTI CINTA YANG SUCI

hari2 yang ku lalui terlalu banyak cabaran
kini aku bergelar sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah
meskipun hanya sementara tapi ianya cukup mencabar
cita2 tidak pernah ingin menjadi seorang guru
tetapi bila difikirkan kembali susah untuk mendapat kerja yang betul2 halal
aku tidak mahu perkara yang subhah
aku hanya inginkan keredhoan ILLAHI

setiap lelaki yang ingin mendekatiku akan ku jauhi mereka
sehingga sahabatku pernah berkata
"kau ni nak jadi andartu ke?"
tidak...sungguh tidak... aku tau perancangan ALLAH lebih baik untukku

dalam seminggu ini dengan tidak ku sengaja ku bertemu mereka yang pernah menyakitiku
rasa marah itu bergolak kembali
pengkhianatan itu rasanya kembali di minda
namun hatiku masih mampu memaafkan
ikhlas atau tidak itu bukan permasalahannya
kini mereka hanya masa lalu
tapi di masa hadapan nanti aku tak kan mengulangi sejarah semalam
aku mencintai lelaki itu
tapi tak kan lafazkan jika ianya masih lagi haram untukku

sakit kerana ingin mengelak maksiat itu adalah jalan terbaik
dia lelaki yang dikelilingi para bunga
sedangkan aku adalah bunga yang selalu ingin menghindar dari kumbangnya
TUHAN... aku benar2 mencintainya namun aku takut untuk meminta
tolong jaga hatiku agar aku tidak tersesat jalan
memendam perasaan amat perit
sakit, dan siksa.....