Blogger Templates

Ahad, 24 Februari 2013

MENCUBA BERTAHAN

Ketika diri di uji segala kekuatan dalam diri mula kita gunakan,
Betapa payahnya untuk bertahan jika tiada siapa bersama
Hati mula putus asa, jiwa mula memberontak
akal sudah tidak mampu mengawal gelora
pastinya derita yang akan mendatang

puas aku bertahan, puas aku mencari kekuatan
namun sakit itu semakin bertambah
aku tidak sekuat itu,
aku tidak setabah itu
namun aku sedang mencuba..
aku sedang mencari siapa diriku
aku sedang menjadi lebih baik dari ini

semakin mencuba semakin siksa rasanya
melawan arus? itulah yang mensesakkan dada
dilayan terluka, di abaikan tidak pula aku boleh
sudah berulang kali aku mencuba bangun tanpa meminta bantuan sesiapa
namun aku bukanlah malaikat, bukan juga manusia yang punya kuasa sakti
aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan

jiwaku semakin terluka di hiris sembilu
kini aku sendiri,
sendiri menikmati luka lama yang kian menyelinap di jiwaku
YA ALLAH, KAU TAK KAN MENGUJI JIKA AKU TIDAK MAMPU
AKU YAKIN AKU MAMPU YA ALLAH
JAUHKANLAH PERASAAN SAKIT DI HATIKU YANG KIAN MEMBAKAR JIWAKU
AKU TIDAK MAHU BERPUTUS ASA YA ALLAH
AKU MASIH PUNYA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN YANG HARUS KU PIKUL
KUATKAN SEMANGATKU YA ALLAH..!

Sabtu, 23 Februari 2013

SEMANGAT YANG RAPUH

Saat diri mula sendiri mula lah kisah pahit menjelma kembali. antara kenangan semalam dengan masa depan ianya sedang bergolak di jiwa..

3 tahun aku mencuba bangkit dengan semangat yang tak pernah rapuh namun kini disaat diri sedang berperang dengan perasaan akal mula menafikan ketidakwarasannya..

22.02.2013 adalah permulaan sebuah kepercayaan seorang kakak yang mula rapuh.. baru ku tau selama ini adikku telah membohongiku.. bagaimanakah aku boleh jadi selalai ini.. ku tatang dia bagaikan minyak, ku sayangi dia melebihi nyawaku, ku jaga dia melebih ku menjaga diriku. mungkin caraku yang kasar tapi tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menyakiti adikku sendiri.. dia satu2nya yang ku jadikan alasan kenapa aku masih kuat.

akhir2 ini semangatku semakin rapuh. semakin hilang kerana kalah berperang dengan perasaan sakit di hatiku.. semalam pula ku tahu adikku bercinta ketika usia   sebegini...hancur kepercyaan kakak dik... hancur semangat yang selama ini kakak jaga.,.

Isnin, 18 Februari 2013

CONTOH KERJA YANG BERFAEDAH

cantik kan? nak buat bukan susah pun.. tapi yang ni kena sabar sikit lah... saya pun lau buat kadang2 tu tertusuk jarum..

alah yang sepit je lagi senang... untuk kanak2 katakan


haaaa yang ni biasa orang pakai kat tudung selendang kan... tapi saya biasa pakai ngan tudung biasa jugak.. comel je... 




yang ni pin untuk selendang dengan tudung apa pun boleh..ikut kreativiti sendiri


yang ni pin untuk slendang biasanya lah... letak kat tepi untuk pastikan selendang tidak jatuh dan kemas...