Blogger Templates

Jumaat, 1 Jun 2012

KECEKALAN HATI

Aku bukanlah wanita yang ingin sentiasa dilihat
Aku bukanlah wanita yang ingin sentiasa hidup dengan tangisan
Aku adalah wanita yang hanya menginginkan hidup yang sederhana
Harta dan wang bukanlah segala2nya

Cinta itu telah membuatku menangis
Cinta itu telah membuatku trauma akan sebuah pertemuan
Cinta itu telah menghasilkan api kebencian
Dan cinta itu juga telah mengajar aku erti sebuah pengkhianatan

Hari demi hari telah aku lewati dengan kepura2an
Tiada siapa yang tahu akan kepedihan dihati
Tiada siapa yang dapat membaca tangisan yang tersimpan ini

TUHAN,
Aku percaya dengan takdir yang KAU tentukan untukku
Penderitaan ini tak mungkin akan ku alami jika tak berakhir dengan kebahagiaan

YA ALLAH,
Jika benar dia telah kau takdirkan untukku
Maka cekalkan hatiku dalam menjalani liku2 ini
Sehinggalah dia benar2 hadir dalam hidupku

YA ALLAH,
Aku benar2 merasakan kasih sayangnya dalam mimpiku
Aku benar2 menginginkan dia datang kepadaku
Saat ini aku lemah, aku tak bermaya dalam menghadi CINTA mereka

Benci itu telah menjadi semangatku untuk membuat mereka terluka
Aku tidak berdendam dengan membalas dendam dengan kesakitan
Tapi aku membalas mereka dengan kejayaan yang akan ku capai
Cinta membuatku sengsara...
Benci membuatku terluka

YA ALLAH,
Jauhkanlah aku dari kebencian yang melaratkan hatiku
Aku tidak mahu terlalu membenci mereka
Tapi aku juga tidak mampu menerima mereka dalam hidupku...!