Blogger Templates

Jumaat, 6 Julai 2012

TERSENYUM, TERTAWA, CERIA BUKAN BERARTI DIA SENTIASA BAHAGIA


Di kala hati ini mula resah
Ianya berpunca dari sakit yang tak terubat
Cinta yang dahulunya menjadi penawar
Akhirnya ianya menjadi racun yang berbisa
Aku tidak menyalahkan takdir yang telah dicipta untukku
Mungkin ada kebaikannya jika aku begini

tapi,
apa kalian merasa punya hak untuk menyakiti aku?
Hatiku telah hancur sekian kalinya
Mengapa mesti di tambah dengan kata2 yang merundum jiwa
Aku bukanlah manusia yang terlalu tabah
Aku bukanlah manusia yang sentiasa inginkan yang terbaik
namun jika aku mencuba untuk bersabar dan tabah
berikanlah aku ruang untuk mengubati hati yang lara ini
jangan kau fikir orang yang kaya dengan senyuman dan ketawa
hatinya tiada secalit luka
sesungguhnya dia lah insan yang sedang menahan derita yang tak terhingga..
jangan sakiti insan lain andai diri tidak tahu menilai arti sebuah cinta
cinta perlukan pengorbanan,
cinta perlukan keikhlasan..!

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan diberi pahala tanpa batas.” (QS Az-Zumar :10)