Blogger Templates

Jumaat, 22 April 2011

INSAN KESEPIAN



Insan itu yang dulunya mencintaimu
Insan itu yang dulunya selalu menjaga hatimu
Insan itu yang dulunya berada disisimu tika kau derita
Mengubati segala luka di hati

Insan itu yang menjadi tempatmu mengadu
Insan itu  jua yang setia padamu
Insan itu yang menyayangimu penuh dengan ketulusan
Insan itu jua yang kini tak mampu tuk berkata apa2

Mengapa kau tinggalkan luka pada insan ini
Mengapa kau hancurkan segala kebahagiaannya
Insan ini mencuba tuk benagkit dari kekalahan
Namun kau selalu hadir sebagai racun dalam hidupnya

Dimana penawar yang dahulunya kau beri pada insan ini
Dimana  kasih sayangmu???
Insan ini begitu derita setelah kepergiaanmu
Tidur malamnya hanya ditemani tangisan
Memikirkan apa salahnya dan apa silapnya padamu

Kini kau kembali memohon KEMAAFAN
Insan ini jua memberi KEMAAFAN yang kau minta
Terkadang insan ini tak mengerti seperti apakah hantinya
Mengapa terlalu mudah tuk memaafkan
Mengapa terlalu mudah tuk memberi kebebasan pada insan lain dari rasa bersalah
Diri sendiri sengsara tak terkira
Mengapa mesti mengakhiri penderitaan orang lain

Kini insan itu sendiri
Menangisi nasib yang menimpanya
Derita tak terhenti dalam hidupnya
Berat tuk menjalani namun dia tetap tegar tuk berdiri
Dalam senyumannya tersimpan seribu duka
Dalam tawanya tersembunyi tangisan yang kian menenmaninya
SAMPAI BILA INSAN INI AKAN TERUS BEGINI
DIMANA KEBAHAGIAANNYA???
DIMANA PELINDUNG DALAM MIMPINYA ITU..!!!!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan