Blogger Templates

Ahad, 31 Mac 2013

KEJAYAAN DAN KEDUKAAN


18.03.2013 itu lah tarik keramat bagi semua pelajar lepasan STPM 2012
tarikh itu amat bermakna dan tidak akan terlupa. ALHAMDULILLAH aku mendapat pointer yang mencukupi untuk aku menjejakkan kaki ke menara gading.. walaupun ianya di luar jangkaan namun aku tetap bersyukur.. yang ku target lebih namun doaku telah dikabulkan ALLAH.. aku hanya berusaha sebulan sebelum peperiksaan jadi hanya itu lah hasil dari perangku.. doaku adalah 'ALLAH AKAN MEMBERIKAN AKU SETIMPAL DENGAN USAHAKU' jadi itu lah hasil dari usahaku.. usahaku tidak sebanyak apa yang aku inginkan..

Malam sebelum itu, sungguh aku tidak dapat tidur dengan lenanya... memikirkan bagaimana kecewanya kedua orang tuaku bila aku mendapat pointer yang rendah... sungguh aku telah berusaha.. namun bukankah ALLAH memberikan apa yang kita perlukan? pagi itu sungguh sakit sehingga rasanya hendak mati. Ketika sampai di sekolah semua muka2 nampak senyum tapi ku tau debaran masing2 bagaikan hendak si sambar petir..



Di bilik mesyuarat itu kami menerima keputusan kami masing2.. sebelumnay cikgu telah menyatakan hanya 6 orang sahaja yang mendapat 3.00 ke atas..sungguh luluh hatiku..sungguh rapuh semangatku.. namun ku kuatkan juga... namaku ialah yang terakhir.. bila membuka kertas itu sungguh aku terlalu gembira..hendak menangis juga ia.. akhirnya aku melompat dan memeluk sahabatku.. sungguh kini aku benar2 tidak menghampakan kedua orang tuaku... lantas ku capai HP ku taip msj kegembiraan ini AYAH, MAMI,ADIK dan ABANG.. malamnya ku hubungi NENEK... muka2 yang amat bahagia...


Namun tika itu, aku juga tidak menyedari lumrah kehidupan jika ada yang berjaya pastinya ada yang kecewa
Sungguh aku tidak perasan kebahagiaanku menjadi kesedihan juga bagi sahabatku.. aku tau dia menangis namun tidak juga ku tahu memujuk kerana sedih itu pastinya tidak dapat di pujuk dengan apa pun... sesungguhnya aku juga rasa aneh dengan keputusan mereka. aku tau mereka berusaha malah dahulu aku hampir2 takut kerana mereka sangat berusaha berbanding aku.. herm




Tiada ulasan:

Catat Ulasan