Blogger Templates

Jumaat, 11 Januari 2013

TIKA DIA SUDAH TERGANTI

entah mengapa dalam setiap doaku, aku ingin lelaki dalam mimpi burukku menjadi suamiku
aku tidak terlalu mengenalinya namun aku menyayanginya secara diam
aku seorang wanita yang inginkan cinta yang suci
bagiku cukuplah hanya sekadar memendam rasa dahulu
seterusnya ku serahkan ianya kepada ILLAHI

sebenarnya aku tidak mengerti dengan perasaanku sendiri, terkadang dia masih menguasai, terkadang dia lelaki yang dalam diam ku minati lah yang menjadi pengganti. sudah lumrah manusia ingin dicintai dan mencintai. tapi aku serik dengan pengalaman lalu. cintaku yang selalu dikhianati menjadikan aku seorang wanita yang enggan menerima cinta mana2 lelaki lagi.

tapi lelaki ini lain, meskipun dia telah ditinggalkan dia masih setia dengan cintanya. nasib yang sama dan juga perasaan yang sama terhadap cinta masing-masing. namun lama-kelamaan perasaan simpati menjadi cebisan kasih sayang. aku mula takut untuk berdepan dengan hakikat yang sebenar. jika di bahas mengenai cinta aku mula mengelak. hatiku menafikan bermacam2 sangkaan...

sejujurnya aku mencintai lelaki itu, lelaki yang selalu menjadi pembakar semangatku, dia tidak mengenali siapa diriku... cukuplah hanya mencintainya dari jauhh itu sudah memadai agar diriku dan juga dirinya tidak jatuh ke lemah maksiat.. andai jodohku bersamanya ALHAMDULILLAH KU PANJATKAN SYUKUR PADA ILLAHI....

aku menanti cinta yang halal untukku, dan aku bersyukur Allah S.W.T  menggantikan perasaan remaja yang dulunya menggangguku dengan sebuah perasaan halus yang begitu menusuk hatiku.. ku yakin ketentuan ILLAHI adalah yang terbaik untukku...

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan