Sahabat apa itu sahabat??
Itu lah yang kini sedang ku cari
Hari ini dan tika ini,
aku tercari2 apa itu artinya sahabat
7 tahun kita membina ikatan itu namun hanya dengan satu penipuan ianya telah goyah
pantaskah aku mempercaimu lagi teman?
pantaskah aku memujuk hatiku yang lara
kau pilih dia daripada persahabatan kita
bila hati sudah tak mampu mempercayai terasa semua telah tawar
namun hatiku tidak lah sekejam itu
seberapa banyak kau menipu aku namun aku akan tetap menarik tanganmu
mungkin kau tidak tahu berapa banyak aku menyayangimu
kerana matamu sudah dibutakan dengan cinta lelaki itu
namun mataku masih lagi celik untuk melihat kebenaran
tak kan ku biarkan mereka menghancurkan kalian
jika peristiwa dahulu terpaksa berulang aku yakin aku mampu menghadapinya kembali
namun untuk meninggalkan kalian dalam kesesatan jalan tidak akan aku biarkan
tangan ini bukanlah tangan yang suci
namun tangan ini sedang mencuba untuk bersih dari segala kotoran hidup
sahabatku,
cinta manusia tidak kekal untuk selamanya
namun cinta illahi akan kekal bersama kita
aku menyayangimu kerana ALLAH S.W.T
kerana itulah aku akan berjuang juga kerana ALLAH S.W.T
meskipun kekuatanku tidak setanding dengan lelaki
namun kita tak perlu kalah untuk sesuatu yang salah






Tiada ulasan:
Catat Ulasan