Blogger Templates

Khamis, 5 Januari 2012

JIKA TAKDIR BERKEHENDAK

Wanita di anggap penyeri hidup seorang insan yang berjantina lelaki
Namun sedarkah seorang lelaki akan tanggungjawab mereka terhadap insan yang bergelar wanita
Sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah


Aku hanya seorang wanita biasa
Ilmu ku tidak lah seberapa, ku hanya ingin berkongsi pengalaman
"Bahwasannya Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik"
Dikala dulu terdapat seorang wanita yang sebenarnya telah mempelajari agamanya sendiri
Namun dia leka seketika....
Dikala cinta manusia menguasainya dia lupa akan siapa PENCIPTA-NYA
Sehingga di kala dia telah kehilangan
Tika dia ditinggalkan
Tika dia merasa dirinya telah benar2 dalam kegagalan
Baru dia ingat akan pesanan seorang gurunya
"LELAKI YANG BAIK HANYA UNTUK WANITA YANG BAIK"
Tika itu dia mengerti mengapa dia terluka
Semuanya kerana dia lupa
tika dia mencintai manusia dia lalai dengan tanggungjawabnya dengan TUHAN
Keperitan itu mengajar dia untuk hidup lebih tabah
Lebih berhati2 dalam kehidupan
Namun kenangan masa lalu sering kali menguji manusia
Ianya cukup mengganggu jiwa dan ketenangan
Tika dia masih dalam dilema
Seoarang lelaki muncul dalam hidupnya membawa sinar yang terang
Peribadinya cukup menawan. tapi sayang hati wanita ini telah luntur
Hati wanita ini masih lagi trauma dengan masa lalu
Sikap lelaki ini yang enggan menyerah membuat si wanita semakin tertanya2
Hati wanita semakin tersentuh,
Namun di saat itu dia mula mengerti lelaki ini terlalu sempurna
Memilikinya umpama mencari jalan tuk terluka sendiri
Dia di kelilingo wanita2 terbaik
Tetapi mengapa wanita ini yang menjadi pilihan
Si Wanita & Lelaki memutuskan tak kan mencari cinta sesiapa
Hanya cinta ILLAHI yang akan di cari
Jika benar jodoh itu milik mereka maka ketentuan itu akan menjadi hak mereka
Meskipun cinta telah tumbuh di hati masing2
Namun mereka takut mereka akan lalai
Jarak yang jauh membuat mereka tenang
Meskipun ada rindu yang membungkam tapi doa sentiasa mengiringi bibir masing2
Agar insan2 yang di sayangi dan dirindui merasakan perasaan yang sama..!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan